Quantcast
Channel: The Untold Story by Scha Nazri
Viewing all 194 articles
Browse latest View live

You don't have to suffer.

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaa!

“Suffering is not bad. If you understand it rightly, suffering is a cleansing. If you understand it rightly, sadness has a depth to it which no happiness can ever have. A person who is simply happy is always superficial. A person who has not known sorrow and has not known sadness, has not known the depths. He has not touched the bottom of his being; he has remained just on the periphery. One has to move within these two banks. Within these two banks flows the river.”
Osho


Pernah rasa depress atau stress tak? Semua benda yang di buat, semuanya tak kena. Macam ada something yang longgar dalam hidup. Malas nak keluar rumah, malas nak hadap manusia. Berfikir lebih baik duduk di rumah and hidup seorang.

Depress/stress ni dia datang intai-intai je hidup kita dahulu. Dan bila kita mempersilakan dia masuk, dia akan menyelubungi hidup kita. Dia akan memakan diri kita sendiri. Our soul. 

Yelah kan. Siapa je tak pernah stress kan? Dulu kat universiti, mesti ada satu masa tu rasa stress sangat dan nak give up everything. Lagi-lagi bila assignment, test, projects due pada minggu yang sama. Student's life kan? Normal. 

Tapi, the way kita handle that hectic situation yang membezakan kita dengan orang lain. Bagi aku, aku kalau dah stress sangat aku akan menangis dan tidur. Menangis lah dalam tidur. Lepas tu bila bangun pagi je, benda tu akan okay. 

Lagi satu, seperti quote di atas. Takde manusia di dunia yang happy memanjang. Fake je tu. And jadikan satu masalah tu sebagai satu motivasi. Think otherwise. Take the good side. Right?

Actually lah kan, aku sebenarnya dah rasa depress sikit duduk dekat rumah without work. Just mild depression. Why?

Melihat kawan-kawan update tentang kerja mereka, apa yang mereka buat, di mana mereka berada dan akhirnya segala usaha mereka diabadikan dengan satu aset iaitu kereta. Perghh. Bila baca yang mereka dah mampu membeli kereta, hampir nangis jugaklah aku rasa. Dia macam bergenang tapi tak menitik. Dan bila scroll lagi, baca pulak rant happy kawan yang lain Macam ditusuk-tusuk hati ni. 


Aku banyak kali sedapkan hati, nanti ada lah rezeki aku. Cuma belum tiba masanya. Apa yang boleh aku buat adalah usaha, doa, doa, doa. Maybe ada silap yang aku buat dan Allah tunggu aku sedar apa yang aku buat tu salah. Maybe. Maybe. Allahu :(


Maaf sekiranya aku dah banyak kali meroyan pasal kerja kat blog ni. Aku rasa takde kawan aku yang baca kecuali readers blog ni. Rasa lah. Cuma itu lah, aku takde tempat lagi nak meroyan. Melepaskan segala isi hati. Blog ni saja lah tempatnya.

OKAY! Let's move on! *wiping tears*

Esok ada event yang best gilaaa. Aku nak lupakan segala masalah and lepak dengan geng Butterfly Projects. Heee. Nak jumpa someone special. Nak tahu siapa? Tungguuu taww!


Follow and let me know!

[REBLOG] : AMY J -- PK Movie Review

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Di saat ini, daku baru sahaja melabuhkan pinggulku di atas lantai. Baru balik dari event Butterfly Projects Xmas Party semalam. Aku stay overnight dekat Uniten dengan adik kesayangan blogger iaitu Amy J. Eksaited jumpa dia ni semalam. Event malam, pastu sempat pulak kami tengok wayang dekat Mid Valley. Cerita pulak Hindustan!

Tak pernah aku tengok cerita Hindustan kat wayang. Dah ini je wayang yang available time tu and aku tahu Amy memang suka tengok Hindustan, so, aku bedal je tengok. Padahal, cerita Hindustan aku layan taw! haha. Tak menitik air mata tengok Hindustan tak sah walaupun cerita komedi. haha. Hati tisu betul aku ni. Wiwiwiwi.

Amy J ada buat review. And aku malas nak buat review. So, aku copy paste je lah dari blog Amy. Hahha. Aku lebih suka dia review. Kira details gitu. hehe. Ayuhhhh!

Reblog from Amy J
*****
4:02 p.m
rumah
balik akhirnya! seronok dapat jumpa kak Scha. :)

assalamualaikum and hello lads!

credit to www.youtube.com

alhamdulillah. selamat sampai ke Subang. semalam dapat bersua muka dengan kak Scha Nazri. masa tunggu kawan kak Scha habis layan movie Hobbit, kami pula pergi Midvalley layan movie PK. 

ingat tak entri aku pasal Aamir Khan dulu? ha, finally! first time aku tengok cerita Hindustan dekat wayang. and seriously, aku rasa ini memang antara movie yang sangat berbaloi untuk korang tengok.

sama unik dengan 3 idiots, kalini PK juga turut menampilkan suatu kisah yang sangat menarik. yang buat aku pandang dari perspektif yang berbeza. aku kagum betul dengan Rajkumar Hirani ni. dia memang pandai buat cerita. 

kalini PK mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Jaggu atau Jagat Janani (Anushka Sharma), nama yang sangat dia tak suka. lol~ Jaggu ni belajar di Bruges, Belgium. masa dia tengah nak beli tiket ke event Bachchan, dia bergaduh dengan seorang lelaki ni. tapi tiket tu mahal sangat. sampailah diorang berpakat nak kongsi tiket tu bersama. tapi still tak cukup.


then, diorang minta bantuan seorang lelaki tua untuk belikan tiket. tapi rupanya lelaki tua tu beli tiket and dia yang pergi ke event tu. wakakaka. jahat gila. mengamuk lah si Jaggu ni. nanti tengok apa dia buat dekat lelaki tua tu sampai dia and pemuda ni melarikan diri bersama-sama naik basikal.

credit to ibnlive.in.com

masa berkenalan, dia dapat tahu lelaki ini berasal dari Pakistan. and nama lelaki ni adalah Sarfaraz (Sushant Singh Raj). terus dia jauhkan diri. sebab family dia sangat benci dengan orang Pakistan. tapi adalah sebab sesuatu, Jaggu jatuh cinta dengan Sarfaraz. malangnya, klise, si bapa tak merestui. 

so, Jaggu suruh Sarfaraz kahwin dengan dia kalau betul Sarfaraz cintakan dia. tapi apa jadi nanti? dapat ke dia kahwin dengan Sarfaraz? ada orang yang datang menghalang perkahwinan diorang tak? itu tengok sendiri okay :)

then, macam mana PK ni boleh muncul? ha, sebenarnya. ini serious aku tak expect! 

credit to movies.ndtv.com

PK ni dilakonkan oleh Aamir Khan. PK ni sebenarnya adalah ALIEN. dia datang ke Bumi sebab dia tak sangka ada satu planet lebih kurang sama macam planet dia. and dia datang ke Bumi dalam keadaan berbogel *tapi nampak badan je okay* -.- body dia, well, no comment. wakaka. kenapa dia berbogel? itu korang tengok nanti. dia akan explain dekat Jaggu.

tapi malangnya, masa dia terjumpa dengan seorang manusia ni, manusia tu curi loket dia. loket ni macam remote control lah. kalau dia nak balik ke planet dia, barulah dia gosok loket dia tu. tapi loket dah tak ada, macam mana???

credit to ibnlive.in.com

sifat dia sebagai alien ni. 

.: planet dia, semua alien tak pakai apa-apa. 
.: diorang tak bercakap langsung. kiranya no language. so, kalau nak bercakap. pegang tangan. lepas tu baca minda another alien.

yang seronoknya tengok PK ni, disebabkan perangai kita tak sama macam dia, dia seronok nak belajar pasal manusia. and lagi satu, dia nak cari loket dia balik. 

tapi macam mana dia nak berkomunikasi kalau dia tak ada language? ha, tu tengok sendiri juga apa dia buat. teehee~

sampailah bila dia tanya orang pasal loket dia. orang akan balas dengan kata-kata :

- hanya Tuhan sahaja yang tahu, dik
- Tuhan kan ada, jangan risau
- pergilah berdoa dekat Tuhan

dia pelik. siapa pula Tuhan ni? penting sangat ke Tuhan ni sampai dia kena minta loket dekat Tuhan?
so, dia try macam-macam. dia pergi kuil, dia tengok apa orang buat. dia pun buat. tapi tak dapat loket.
pastu orang suruh dia pergi gereja. dia pergi gereja juga, but still tak dapat loket. lepastu ke masjid pula. tak ada juga. dah tu, makin confuse dia jadinya. Tuhan mana yang betul sebenarnya ni? kenapa semua orang punya Tuhan berbeza? 


yes, cerita ni banyak menyentuh pasal soal agama. seriously. tapi tak adalah sampai buat kau terpesong. and dia tak ada kutuk mana-mana agama. dia cuma pelik je, kenapa sebab pakaian seseorang atau perwatakan seseorang, membuatkan orang terus pandang serong dengan agama orang tu.

kalau lelaki ada janggut, misai, and serban - Sikh
kalau lelaki ada janggut, misai tak ada serban - Hindu
kalau lelaki ada janggut sahaja - Muslim

terus je orang buat spekulasi macam tu. lepas tu mula hina agama lain. faham tak konsep PK cuba sampaikan? 

tapi so far, cerita dia memang seronok. dia banyak buat aku terfikir pasal diri kita sebagai manusia ni. 

kata PK lagi :

manusia ni complicated betul. kadang-kadang satu ayat boleh bawa banyak makna berbeza. contoh macam "OH"

kalau tak suka dengan apa yang orang cadangkan dekat dia, dia kata 'ohhhhh' 

kalau dia suka something , dia kata 'ohhh'

kalau dia mula faham dengan apa yang orang lain sampaikan, dia kata 'ohhhh'

nampak tak berapa banyak oh boleh kita buat? hahaha. dia kata alien ni senang je. sentuh tangan, lepas tu baca minda masing-masing. habis cerita. luls~

and ada satu masa tu lah, dia berjumpa dengan Jaggu. lupa nak cakap, Jaggu ni wartawan di Delhi. tapi disebabkan dia tak ada benda nak cerita, masa ni lah dia terjumpa PK yang pelik ni. and dia decide nak buat kisah mengenai PK. 

seronok sangat aku layan PK. ada humor, ada sedih *aku menangis. wakaka*, ada geram, ada menyampah, so far, memang worth it la RM10 tu aku habiskan. hahahaha...


aku bagi 8.4 bintang untuk movie ni! 


*****

Amacam? Rasa nak tengok kat panggung tak? Best rupanya tengok hindustan kat panggung nii. hahahaha. Next time kalau ada cerita hindustan best kat panggung, bawak akak sekali taw Amy! Hahhaha. Thanks for everything!


*Sorry lah dik. Ahkak kau ni memang suka selfie. kahkahkah*

Aku bagi 8.5 bintang untuk movie ni. Tengok cerita ni hati kena kuat sikit. Haha. Tu je nak kaborr.

Eh, esok ada dua teaser aku nak buat. And esok pun aku ada something yang best. Permulaan segalanya. Haha. Tunggu je lah aku update. 

Terima kasih bebanyak kepada yang sudi datang taww! Muah banyak-banyak!

Follow and let me know!

#makeupbyschanazri -- Mekap tunang. My first client!

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaa!

Ho ho hoooo!

Alhamdullilah. Ada rezeki aku sempena hari cuti harini. Tahu tak, ini lah pelanggan pertama aku untuk job mekap! Tahu tak perasaan bila di-whatsapp oleh unknown number and tanya quotation untuk mekap? haha. Rasa macam berbunga hatikuuu. Rasa nak buat bebetul and client puas hati. 

Tunangnya hari ni, 25hb Disember. Sebelum tu, dia requested untuk buat trial mekap di mana aku charged RM 30 sahaja. Trial mekap ni macam aku mekapkan dia, kalau dia suka look itu, dia ambil lah dengan aku. Just basic ones lah. Untuk the real one, aku memang kasi habis apa yang aku ada. 

Masa trial mekap haritu, sejam setengah jugaklah aku mekapkan. Tapi, untuk pertunangan harini, sejam aku dah siapkan. Dia pun kata aku agak laju hari ni. Maybe sebab aku dah tahu apa aku nak conteng kat muka dia. hehe. 

Nak tengok? Tak tahu lah korang berkenan ke idak kan. Kalau nak simple look atau apa-apa look, roger-roger aku taw. hehe. 




Alhamdullilah. Semoga Afifah dan pasangan kekal hingga ke syurga. Mana tahu rezeki jumpa Afifah di hari bahagia dia kan? Amin amin amin. Kena praktis banyak lagi ni. Hehe. 

Untuk simple engagement macam ni, aku hanya charge RM 150.00 sahaja. Kalau untuk mekap dinner dan function yang lain, bawah RM 100 pun aku boleh offer. Tapi, depends kepada location. Kalau untuk sekitar lembah klang, melaka tu aku charge RM 50-RM 70 sahaja utk transportation. Lepaslah buat duit minyak kereta. hehe. 

Kawan-kawan, boleh mintak tolong tak? Boleh tak tolong SHARE kan entry ni kat FB mahupun blog korang? Kalau korang share dekat blog, aku akan review blog korang kat blog aku. Serius ni. Sebab aku serius nak serius nak arena mekap ni. Nampak tak betapa seriusnya aku ni? Wiwiwi.


Whatsapp/text : 011-28536991

Kalau share kat FB, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kalau share kat blog, jerit kat kotak komen, 'SCHA, DEN DAH SHARE KAT BLOG!' Jerit kuat-kuat. Hhaha. Copy paste je entry ni, senang! Hehe. 

Aku harap dengan penyebaran dari korang, akan berkembanglah bisness mekap aku ni. Tolong doakan yer? ^^

Assalamualaikum!
Follow and let me know!

TEASER : Butterfly Christmas Party.

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Sihat? Selamat berhujung minggu. Buat apa je hujung minggu ni? Sekarang ni musim banjir, so, better stay kat rumah je lah. Chill dengan keluarga lagi best. Hehe. Sejuk-sejuk ni dapat milo panas, perghhh. Bestt! Hehe.

Baiklahh. Aku nak bagi teaser sikit sempena dengan Butterfly Christmas Party. Part yang paling best mestilah dapat hadiah nak bawak balik rumah! hahaha.


Garnier Door Gifts: Garnier bagi door gifts. Mak aihh. Terkejut aku. Sebab dapat Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam dan Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream for FREE! Hahahha. Best kottt. Boleh belai muka ginii. Nantikan review aku taww.

Beauty Box: Kotak yang penuh dengan pelbagai beauty products dari hujung rambut hingga ke tangan yg lebih bernilai RM 500.00! haha. Untuk kaki takdee pulak. Nanti aku reveal. 

Secret Santa: Game tukar-tukar hadiah. Tapi, orang tu tak perlu tahu siapa gerangan pemberi. haha. Sebab aku ni over sangat, aku boleh bagi kad aku sekali dalam tu. kakakaka. Padahal takyah pun. Anyway, aku dapat somethingg. hehe. Dapat wishlist taw. Nanti ai share! Pomish!

Itu je teasernyaaa. hahahaa. Untuk full review Butterfly Christmas Party dari pihak Amy, boleh baca kat sini --> http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/12/christmast-dinner-party-with-butterfly.html

Review dari aku, nantikan sama-sama. Cewahh. Padahal Isnin ni ada interview. Cuak. Wuwuwuw.

Salam hujung mingguuuu!

Follow and let me know!

Lagu-lagu ni dah berusia 10 tahun pada 2015!

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaa!

Lagu-lagu kat bawah ni hampir berusia 10 tahun. Tapi, rasa macam cepat je. Rasa macam baru je lagu ni popular. haha. 

Tapi, lagu yang paling best tak ingat dan sampai sekarang masih excited bila dengar kat radio ialah lagu Let Me Hold You dari Bow Wow. Aaaa, lagu ni sangat sweet. Teringat zaman crush dedulu. hahahaah.



Ni ada playlist lagu-lagu dari tahun 2005 --> https://www.youtube.com/watch?v=bbqVg_23otg&list=PL58125B92826765C4

Kalau tengah free tu kan, apa kata korang dengar lagu-lagu ni balik. Mesti ada memori yang datang masa dengar lagu tu. hehe. Amboii. 

Lagu mana yang korang paling suka sampai sekarang? 

Follow and let me know!

Butterfly Christmas Dinner @ The Apartment, The Curve

$
0
0

*long post. Sediakan jajan sebelum baca*

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Yeayy. Barulah ada masa nak update entry tentang event ni. Tahu tak kita kan baru je buang habuk kat kipas. Rasa macam bilik ni sejuk je. Haha. Padahal kat luar hujan, padanlah sejuk. Hihi.

Eh,

Jom kita sama-sama doakan keselamatan saudara-saudara kita di Kelantan. Semoga mereka selamat hendak-Nya. Amin amin.

Okay.

Leggo!

Aku gerak dari Seremban pukul 12.30 macam tu naik KTM. Ini je lah transport aku kalau nak ke KL. Dah janji nak jumpa dengan +Amy J kat Mid Valley. Plan nak tengok wayang. Tapi aku macam terlambat je nak sampai kat Mid, so kami decide nak tengok cerita apa yang available bila dah sampai Mid. Sampai je kat Mid, aku mengular cari makanan. Bayangkanlah dalam tren sejam setengah, mau tak lapar. Aku decide nak makan toast dengan telur setengah masak sambil tungu Amy datang. Mabelessss. Haha. 

Jumpa Amy, kami terus ke wayang. Mak aihh. Hampir semuanya full dan show times dan tak selari dengan schedule kami. Alih-alih, PK je yang available. Gasak. Even duduk depan, kami redah je. Hhaa. Sebelum movie start, kami makan McD duluu. Amy lapar, kesiann. Aku pun tumpang sekaki makan. Kah!


Habis je wayang, bergegas lah kami ke LRT Klana Jaya di mana kawan Butterfly +Anis Athia, akan menjemput kami kat sana. Nasib baik lah sempat. Tren KTM tu kalau lambat, lambat bebenor. Sabar je. Dah jumpa Anis, kami terus shoot ke The Curve. Takdelah jauh sangat pun dari Klana Jaya. Area-area Bandar Utama and Ikea je rupanya. 

Aku ingat The Apartment ni bebetul apartment. Noob betul aku. Rupanya restaurant. Adehh. Nasib je tak memalukan diri kat situ. Haha. Sampai je sana, terus registerkan diri and dapat door gifts dari Garnier dan Beauty Box. Selesai register and letak barang, aku dan +Amy J cabut ke bilik air sebab nak mekap. Muka dan naik berminyak dah. Mekap pun main letak gitu-gitu je. 


Awal-awal lagi aku dah jumpa kak +Izzati Ghafur kat situ. Sempat hi je. Lepas tu cabut ke toilet. Tak sempat nak catch up pun. And aku jumpa kawan-kawan masa event BE Cosmetics hari tu. So, ada geng lah. Dan yang pasti jumpa kak +Innanie Ariffin kitaaa. Sayang dan rindu sangat kat kak Nanie. Hehe. Dan yang penting, founder Butterfly Projects iaitu Tammy Miu pun sempat greet semua orang. Bayangkanlah almost 100 butterflies yang datang. Mana tak busy Tammy layan semua orang. 

Pesanan Tammy : Make sure to mingle all around yaa.


Segan harus diketepikan even rasa rendah hati bila bersua muka dengan Butterflies yang lain. Kebanyakan Chinese dan cantik-cantik sangat! Nak approach pun tak reti. But, takpelah. Yang mana sempat tegur, tu tegur lah kan. Ada yang friendly. haha. Satu table dengan Zayani, Tara, Nadia and Celest. Celest ni asal Philipines taw and bekerja dalam industri wine. Zayani pulak the flawless girl who loves to play Dota. Tara has a cheeky personality and Nadia ni mix Chinese-Malay. Mula-mula ingat pure Chinese. Hehe. 


Then, the best part is MAKAN! Mak aih. Banyak sangat favorite aku sampai penuh pinggan aku. Semua kat table tu pandang aku semacam. hahahah. Lapar weh, pedulik hape aku korang pandang-pandang. Takpe. Makan slowly gitu. Hehehhehee.

Menu : Nasi goreng, spaghetti, baked fish, cauliflower, chicken and TURKEY!


Sedapp especially cauliflower tuuu. Sedapnyaaa. Turkey ramai sangat ambil so cepat habis. Sempat jamah sikit supaya tak kempunan. hahhahaa. 

After that, ada performance dari Edazz! Amazing voice. Dia punya tarik tuuu perghhh, boleh pergi jauh. Haha. Enjoy sangat.


Then, ada pencarian kumpulan. Diberi sekeping kertas dan kena cari team yang sama tema dengan kita. Aku dapat Inspire. Amy pun dapat Inspire. Senang betul gini. Haha. And kami semua kumpul ramai-ramai. Suppose 10 orang satu kumpulan. Yang dapat kumpul ada 8 je. Yang best, kak Nanie jadi group leader kami. Yeayy. Flow dia macam ni ;

Aku diberi satu kumpulan. Dan setiap orang dari kumpulan kena review 3 set barang dari beauty box tu setiap minggu. Seminggu untuk test barang dan 3 minggu lagi untuk up entry review tersebut. Dengan adanya team leader macam Kak Nanie, senanglah nak dapat guide tulis entry nanti. 

Oh yer, nama group kami Diva De' Monarch. Monarch tu means (bagi kami) untuk inspire readers naikkan self confidence. Di samping tu, dapat naikkan self confidence dalam diri masing-masing. Diva tu saja je nak kasi gempak sikit! hahahaha. 





Apa yang ada dalam Beauty Box ni yer?


Dapat detect produk yang korang familiar tak?

Yang paling buat aku teruja sekali ialah aku dapat review Beauty Box yang lebih bernilai RM 500 secara percuma. Pheww. Free tu yer, tapi, tanggungjawab dah ada atas bahu aku dah. Aku kena review habis-habisan so that team aku menang untuk kumpulan terbaik. Takpelah. Review ikut hati. Ahli kumpulan pulak semuanya sangat supportive dan tak lepas tangan. Harap stay macam ni sampai ke penghujung. Go Divas!

Kalau korang nak tahu apa itu Butterfly Project, apa yang kami buat, apa yang kami terapkan dalam diri setiap blogger dan sebagainya, boleh baca post yang sangat menarik dari Innanie. Mesti korang rasa teruja dengan Butterfly Project ni.



Serius aku katakan. Aku pernah berjumpa dengan blogger dari golongan popular. Tahu tak, kat event tu aku rasa  tersisih. Mereka dengan group masing-masing dan kami hanya di belakang memerhati. Kami boleh dikira baru, mestilah rasa segan kan nak tegur yang fofular. At least tegur lah kami yang kat belakang ni. Jumpa orang for the first time, segan kot. Cuba yang fofular ni approach, confirm aku takkan rasa macam tu. 

Lagi satu aku tengok, event semua dorang yang conquer. Balik-balik muka yang sama yang pergi event. Takde pulak aku tengok dorang up kat post kat FB yang dorang memerlukan blogger untuk join event. Takde weh. Serius. Cukuplah aku tengok berlambak blogger-blogger ni post pergi sana sini dengan group. What da hek? Kena bodek ke baru boleh pergi? Leulz.

Tapi, dalam Butterfly ni, sumpah aku takde rasa tersisih even kebanyakkannya non-malay yang join. Pihak Butterfly sangat open sekiranya ada event, mereka akan announce kat page FB siapa yang boleh pergi. Beri peluang kepada blogger baru untuk join. Kalau blogger tu buat masalah, dorang boleh blacklist atau warning blogger berkenaan. Ini semua tentang TRUST. Itu je. 

Kalau komited, dari Melaka pun boleh join event kalau berminat. Semua terkejut aku dari Seremban, dan mereka berkata betapa gigihnya aku pergi event. Aku suka event macam ni. Passion against everything. Hehe.

Mak aihh. Panjang benor aku menaip. Maaf kalau buat korang ngantuk. haha. 

Lastly, kata-kata dari Tammy yang buat kami semua di Butterfly rasa dihargai ^^


Sebarang pertanyaan tentang Butterfly, boleh tanya aku. Mana yang boleh aku jawab, aku jawab. Mommies, teenagers boleh join community ni. Just daftar sahaja. Mana yang boleh grab, grab. Peluang itu banyak. Insya Allah. 

Facebook The Butterfly Project --> https://www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia

Follow and let me know!

Every single time!

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Quick update as usual. Minggu ni penuh dengan interview.

Semalam kat Shah Alam. Petang tadi kat Senawang (psst: butik pengantin!)

Insya-Allah, Ahad ni kat Putrajaya (Interview PTD).

Kemudian pada hari Isnin pula, interview di Puchong.

Fuhhh fuhhh. Kalau nak diikutkan interview hari Isnin nanti, dah 6 kali aku interview.

Tapi, masih takde rezeki nak bekerja. Takpe. Sabar, sabar, sabar.

Eh, ada cerita best masa interview kat butik pengantin tu. Haha. Kalau nak tahu, comment cakap korang nak tahu. Ececehh.

Baiklahhh.

Situasi di bawah ini apabila orang Islam berada di dalam tandas.


Pernah rasa gini? Haha

Follow and let me know!

#34 Wordless Wednesday -- Convo and 2015

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa

Wordless for today is my convocation's picturess!

Setelah hampir 2 bulan menunggu, akhirnya sampai ke tanganku juaaa.

Kemain nak drama. Hahaha.




Gambar terpaksa aku edit kecerahannya disebabkan kepeluhan dan keminyakan di muka jelas ternyata. Korang bayangkan lah, lari sini sana siangnya, lepas tu masa maghrib baru nak ambil gambar. hahahaa. Nasib baik powder dan brush sentiasa di dalam beg. haha. 

Percayalah. Hari itu ialah hari paling huru hara sekali. haha. Nasib baiklah parents aku ni sabar je dengan aku. Sangat-sangat sabar. wiwiwi. 

Yelah kan, nak jaga parents aku lagi, lepas tu kawan dari Seremban pula datang. Kena jaga dua-dua. Jangan bagi hilang. Tu tak termasuk lagi mama aku terhilang sekejap sebelum masuk dewan. Dalam dewan pulak, menanggung kelaparan selama 3 jam dalam tu without lunch. Bayangkan! T__T

Anyway, itu semua menjadi memori. Mama aku kata, kalau adik konvo nanti, mama taknaklah pergi. Mama dah tak sanggup. Haha. Sedihnya kena konvo sorang-sorang incase aku sambung master. wiwiwi. Nasib baik ayah adaa kudrat lagi. Sayangg sangat-sangat! *baymax hug*

Eh, tetiba jadi entry tak wordless. hihi.

Esok dah masuk tahun 2015.

2014, you served me well. Thank you for a great year!

I hope that 2015 is gonna be my year. It's payback time for my parents. Amin.

Please......  🙇🙈

Follow and let me know!

2014 and December Heartbeat -- Terima kasih!

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

1.1.2015

Macam cantik je nombor ni. Harap tahun 2015 ni Malaysia tak seteruk tahun lepas. Amin. Dah banyak sangat dugaan Malaysia hadap tahun ni kan? Lepas satu, satu. Macam non stop. Baru je lega isu ni, lepas tu muncul isu/incident lain.

Okay.

Aku tak pernah buat entry penghargaan ni. Nak buat. Kekadang terlupa. Tak senonoh betul. haha. Normal lah. Sebelum hadap lappy, otak kata nak update benda lain. Bila dah ada depan lappy, lain pulak yang di-updatenya. Ceittt.

*ehem-ehem*

Scha nak ucapakan terima kasih kepada insan-insan ni yang tak pernah jemu datang blog Scha. Terima kasih sesangat sebab tak putuskan jalinan blogwalking itu. Kekadang datang blog orang tu, komen, and orang tu pun datang balik blog kita and komen. Then, bila kita terlupa nak singgah, dia pun tak datang blog kita. Lepas tu, terputus macam tuuu. Bukan semua lah. Ada certain.

Tapi, insan-insan di bawah ini sangat ohsem. Sangat lah support aku lagi-lagi dalam bidang mekap ni haaa. hahaa. Semua orang ada passion masing-masing kan? ^^

Bagi yang tak tersenarai, tak bermakna korang takde dalam senarai blogwalking Scha taw. Ada jee. Korang komen, Scha komen balik. Sistem blog walking. Hihi.

Rasa 2015 ni nak blog walking kat blog-blog baru. Barulah ada feel tahun baruuu! Ececehh.

Jom kita tengok supporter blog Scha Nazri!



olaf


THANK YOU SO MUCH!

add a caption

 Follow and let me know!

Fresh kick start in 2015!

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

JumpDiving

Taraaaa. New look. New design. New sidebar. New everything except for my header! Header tu stay lama sikit. Baru lah buat tu. Bau kedai pun tak hilang lagi. Hehe. 

Sebenarnya agak rimas dengan blog aku sebenarnya. Macam terlampau banyak benda dan panjang. Berat sangat blognya. Dengan pink-pink lagi. Hhaha. Cadang tak nak guna PINK, tapi, tengoklah guane. Aku ni tak minat sangat color lain untuk blog kecuali pink and baby blue. Haha.

So, malam tadi aku saja lah nak test-test template. Aku dah siap backup awal-awal template lama dalam computer incase anything goes wrong. Masa tengah-tengah cuba tu, aku pun terkacau side bar. Then, bila tukar balik template lama, semua benda macam ke laut. Blog list dah pergi mana ntah aku pun tak tahu. 

Hampir gugur jantung jugaklah tengok gitu. Macam ntah apa-apa je. Dengan cbox pun kelaut sekali. Sayang cbox lama. Cantikk. Hahaha.  Mula-mula ingat nak guna template lama and then susun je sidebar tu. Lepas tu aku fikir, alang-alang dah guna template baru, aku pun teruskan je lah edit sidebar tu haaa. 

Aku guna template responsif. Tapi, aku tengok tak responsif pun dekat mobile. Pentipu betei. Ke aku salah edit? Ha ha ha ha. 

Yang slack satu je, takde butang read more. And aku tengah mencuba untuk figure out that thing. Plus, nak letak signature after post, pun still stuck gak. So +Amy J please help me? ^^

So, what do you think? Okay ke idak?

Actually, aku terasa nak ubah blog masa baca blog +Mieza Everdeen+Hikayat Seorang Budak  and +Cik Nadyya. Kemasss nyaa blog dorangggg! I'm so jellllyyy. Wiwiwiwi. 

Ala-ala macam minimalist sangat. Hahha. Hipster sungguh. 

Okay. Tu je nak coleteh. hihi. 

 Follow and let me know!


Nasir Bilal Khan, Shiro and Fazura

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaa!

Fazura

Semalam tengok Maharaja Lawak Mega Minggu Kelapan. Ada kumpulan yang best, ada yang tak best. Ada yang slow sangat, bila dah hujung barulah kelakar. 

Tapi, yang paling tak tahan, persembahan kumpulan Shiro dan Nasir Bilal Khan. Minggu ni temanya 'Bebas ft Artis Undangan'. Aku tak expect taw yang Nasir Bilal Khan akan perform. Eh, pastu dia masuk scene and bawa karakternya Tuan Haji  Tok Adi dari Tanah Kubur. 

Ya Allah, kelakar ya amat kott. Setiap punchline kena. Aku rasa yang paling banyak buat kelakar ialah Nasir Bilal Khan. Yang Shahrul and Ajak Shiro just macam pembantu je. 

Yang tak boleh blah last sekali tu... masa tu Nasir Bilal Khan tuju ke arah Fazura...

NasirBilalKhanShiro

Memang tergelak-guling aku kat rumah. hahaha. Power betul pick up line niii. Hhahahaha..

Kalau ada video memang aku tepek kat situ. Kena tunggu kat Youtube lahh. hahaha

Tapi betul lah kan? Fazura ni memang true beauty. Tak payah pakai mekap heavy sangat pun takpe. 

Sekarang ni Fazura ada rancangan realitinya tersendiri iaitu Facing Up to Fazura. Ala-ala realiti tv shows macam Keeping Up with Kardashian. Dari haritu aku nak tengok, asyik terlepas je. Nak cari download punya, memang takde lah pulak. haha

FazuraEasia

Haa okaylah. Rasa nak tidur awal malam ni. Nak study untuk interview PTD ahad ni. Cuaknyaaaaaaaaa. Bila dah ada design baru ni, tangan tu gatal je nak menulis. Hihi. Kemainn!. 

Take care and selamat berhujung minggu! :)

Follow and let me know!
Facebook  | Instagram | Twitter

Anak interview, ayah mak pulak pergi ...

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Al-kisahnya aku pergi interview Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 tadi. Asalnya semalam, tapi disebabkan semalam ada maulud, so interview dilanjutkan hari ini.

Sesungguhnya aku penat gilaa. Bayangkan aku sampai kat bangunan SPA pukul 8 pagi, tapi, pukul 5 petang baru aku interview. Disebabkan interview lambat sangat, aku dah jadi macam lemau. Dah tahap tawakal dan redha je. Hahaha. Malas dah nak belek notes.

Nanti aku share pengalaman interview PTD tawwww.  hihi.

Anak interview, ayah mak pulak pergi... DATING! Hahahhaa.

Mama ayah yang hantar kan ke sana. So, memang banyak masa terluang lah kat Putrajaya tu. Siap ambil gambar bagai. haha. Kemain sungguh berdating. Nasib baiklah mama ikut, kalau tak, kebosanan ayah kat Putrajaya tu. Haha.

Putrajaya1

Putrajaya2

Putrajaya3

putrajaya4


Kalau mama ayah pergi IOI Mall Putrajaya tanpa aku, meraung aku nanti. hahahaha. Harap penat lelah mereka teman aku interview, berbaloi. Amin amin amin. 

Nak layan Gegarrrr-vaganzaaaaa!

Follow and let me know!

Pemenang Gegarvaganza 2014!

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaa!

Konsert terakhir Gegarvaganza ni da boom sangattt! Peserta-peserta memberikan persembahan yang cukup bertenaga dan kreatif. I was like, meremang bulu roma tengok mereka perform. I'm in AWE!

Sepanjang konsert Gegarvaganza ni berlangsung, aku suka dengan kombinasi pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Sangat klik. Kelakarr pun adaa. Sesuka hati je Nabil and Jihan mengenakan Ramli MS. Hahaha.

Macam-macam persembahan ada. Amalina (Ratu Dangdut), Jamal Abdillah, Bocey, Hanis Zalikha and ramai lagi datang memeriahkan pentas akhir Gegarvaganza!

Sampai kan propose pun sampai kat situ jugak. haha.

Anyway, nampak gila muka Hanis Zalikha terpaksa menerima lamaran Hairul Azreen, dengan balasan

'Insya Allah, thank you.' 

Dah, jom kita tengok siapa artis yang memenangi pertandingan konsert akhir Gegarvaganza!

gegarvaganza akhir

Persembahan terbaik : Mamat Exist

Tempat ke-eenam : Fazli Zainal
Tempat ke-lima: Ifa Radziah
Tempat ke-empat: Rahmad Mega
Tempat ke-tiga: Mamat Exist
Tempat ke-dua: Haleeda 


JUARA GEGARVAGANZA : AYAI ILLUSI


ayai illusi

Suara ayai dari konsert pertama tetap power. Tak berubah pun. Tak kisahlah lagu apa dia bawak. Dah agak dah Ayai mesti menang punyaaa! 

gegarvaganza

Sememangnya, bintang kembali menyengat! Tabik spring!

Follow and let me know!

Postcards Giveaway from Czech & Germany

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Mood nak join giveaway, dah datanggg. Hahhaa. Giveaway ni wajib join sebab bffbloggie, +Siti Aisya Ibrahim anjurkan! Support itu penting! Wiwiwi


Syarat2 penyertaan:
  • Follow blog Jindrisska ni, dan blog Hanis Amanina. (wajib!)
  • Follow instagram ini LINK, kalau suka. (tak wajib pon! sunat jer)
  • Buat satu entry bertajuk 'Postcards Giveaway from Czech & Germany'
  • Bubuh banner dan backlinkkan ke salah satu blog penaja, iaitu INI atau INI.
  • Tag 3 orang rakan blogger, dan inform diorang sekali, jangan lupa :D
  • Tinggalkan URL korang di ruangan komen, salah seorang dari penaja. 

Giveaway tamat pada
09 Januari 2015
(11:59 malam, waktu Malaysia)


Goodluck korang semua!
Muah!

DONE!

Follow and let me know!

#SchaReview -- Azhar Mustapa - Hanya Kamu [ Official Music Video ]

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

HANYA KAMU oleh AZHAR MUSTAPA
   
andai hati ini mampu mengungkapkan,
betapa aku mahu dicintaimu
andai lidah ini jujur meluahkan
kemana hilang kasih antara kita

biar ku terus bersamamu,
di dalam jiwa, di sudut hatimu,
ku rela jatuh dan terluka,
kan ku kejar cintamu, yang pernah ku miliki ooooooooo.

hanya kamu,
bertakhta di jiwa ini,
hanya kamu,
penawar luka di hati,
ooo telah ku sedari kau yang teristimewa,
warna cinta pudar hilang bersama
kasihku.....

Fuyooo. Mood jiwang sudah mari dalam hati kuuuu. Tambah jiwang lagi kalau dengar lagu niiii. Hhaha. Berangan itu sudah pasti. Habis lah malam ni berangan je kerja nyaaaa. 

Aku nak memperkenalkan seorang artis youtube Malaysia yang dah mengeluarkan single terbaru sendiri. Nama, Azhar Mustapa. Dah lama dah berkecimpung dalam dunia nyanyian ni. Pernah lah jugak try Akademi Fantasia tu tapi takde rezeki. Tapi, berkat usaha Azhar, akhirnya ramai yang membuka mata dengan bakat yang Azhar ada. 

Actually dia ni anak kepada kawan ayah. Kenal dah lama kot. Lepas tu, hanya sambung kenal di Facebook. Dari Facebook lah tahu yang dia ni aktif kat Youtube. Oh, dia under satu management iaitu VOXSCAPE ENTERTAINMENT di mana VOXSCAPE ENTERTAINMENT memfokuskan kepada talent-talent baru. Ce usha lagu-lagu yang di hasilkan. Not bad tawww. 

Aku tengok video ni bersungguh dia menyanyi. Siap nampak urat leher lagi. haha. Nampak tak dia berusaha 100% untuk lagu ni? Overall, aku suka lagu ni. Rentak, suara sangat kena. Macam sedap di dengar di corong radio dan televisyen. Serius.

Apa kata korang dengar lagu ni? Kalau suka, boleh tolong SHARE taw post ni? Nak bagi semangat untuk bakat-bakat tersembunyi di Malaysia ni. Kalau diberi peluang, Insya Allah boleh pergi jauh kan? 

Bintang : 4 dari 5 bintang! *recommended*


Facebook : Azhar Mustapa
Youtube : Azhar Mustapa

Follow and let me know!

Manfaatkan cuti umum 2015 anda!

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaa!
Korang tahu tak 2015 ni ada banyak cuti umum yang bersambung-sambung? Macam cuti sehari, tapi boleh holiday sampai lima hari. Haaaaa, tak check kalendar laa tuuu. hihi.

Macam manaa nak rancang cuti umum korang? Jom kita tengokkk!

Cuti Umum 2015

Cuti Umum 2015

Cuti Umum 2015

Cuti Umum 2015

2015 penuh dengan cuti umum je lah yerr. Kemain sampai 5 hari cuti. Padahal mintak cuti sehari je. Alhamdullilah.

Aku rasa tak ramai sedar akan perkara ni. Apa kata korang share je guna medium yang ada kat bawah post ni tentang cuti umum 2015 yang power ni hoii! Boleh lah rancang percutian dengan family kan? Better rancang cecepat, takut ramai orang grab! hihi

By the way, aku dah start part time kat butik pengantin. Takpelah. Dari takde buat apa kat rumah, baik cari duit yedak? Harap-harap ada rezeki aku untuk dapat kerja stabil sekarang. Amin amin. 

Follow and let me know!

Credit: Twitter

#SchaReview -- From FAMF Tower

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Dah busy sikit sekarang since dah start buat part time kat butik pengantin. And esok ada interview. Last interview. Aku rasa macam tak larat dah nak hadap interview lagi buat masa ni. Kalau ada rezeki, ada lah kan? :)

Haaa, sepanjang aku berblog ni, kak Farrah boleh dikatakan agak kamceng ah. Ye ke kak? Haha. Bila dah lama tak datang blog dia, mesti aku penat nak ngejar entry-entry dia. Kak Farrah ni kreatif sikit. Ada je benda dia nak update. Kira ilmu jugak taw. Sebab kekadang belajar pasal DIY kad, perkataan baru, masakan simple yang amat! Macam-macam boleh dapat dalam blog kak Farrah ni.

Entry ni aku buat penghargaan untuk kak Farrah sebab share entry #makeupbyschanazri -- Mekap tunang. My first client! aku lepas. Ye lah kan, baru nak bertapak. Agak perlukan sokongan dan hebahan. haha. Thanks kak Farrahhh!

*klik untuk ke blog kak Farrah*


Tahu tak antara resipi yang aku selalu cuba kat blog kak Farrah ialah Bislor? Magadd. Sedap gilaaa ya ampun. Aku pun dah nak meleleh air liuq terbayang Bislor ni haaa. Apa itu bislor? Basically, BISKUT + TELUR! Senang gilaaa! Nak tengok resipi kat sini haaa --> Layan Blues dengan Bislor

Resipi bislor antara wajib menu yang korang kena try. Percayalah, mesti ketagih lepas tuuu. Hahaha. Rasa macam crunchy and squishy telur gituuu. Yummmehhhh!


And, sebab jadi tetamu wajib blog kak Farrah, aku dapat momento! Wiwiwiwi

Bienvenue (Welcome) kak Farrah :)

Scha ucapkan terima kasih sekali lagi kepada pengunjung blog Scha Nazri. Maaf kalau lambat singgah rumah. Paham-paham je laaaa. hihi. Amboi, kemain. Baru kerja part time. Hhaha. 

Jaga diri semuaaa!

Follow and let me know!

Happy Birthday Siti Aisya Ibrahim!

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Quick update!

Sebelum aku terlewat yang amat sangat, aku nak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY kepada BFFBLOGGIE aku iaitu Siti Aisya Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Aisya.

Sorry ya lambattt. Nak wish kat mana-mana pun tak sempat. Wuwuwuwu.

Scha doakan segala doa dan cita-cita Aisya tercapai. Scha doakan perkahwinan Aisya dan suami berbahagia hingga ke syurga. Balik je dari German, ai nak request baby okay. Ai nak jadi Auntie Scha. hahaha. Kemainnn.

Semoga dapat habiskan study dengan secepat mungkin sebab scha tak sabar nak conteng muka Aisya. Hahaha. Rasa bangga dapat inspire Aisya main makeup and skin care. Cepat balik okayy?

Take a good care there Aisya. Kepada suami Aisya, haipp, jangan buli diaa. haha. Ke aisya buli suami ni? Tettt

Harap sangat persahabatan kita di dunia maya kekal hingga ke syurga. Dah lah perangai sama. Eksaited pun lebih kurang jeee. Terima kasih sebab jadi kawan Scha taww. Me lebiuu very very much okay? *muah banyak-banyak*
*klik untuk ke blog Aisya*

Sorry tak dapat nak beri hadiahh. Gaji ciput je. hahaha. Hope this posts will cheer up your dayyyy!

Jaga diri guysss! ^^

Follow and let me know!

#SchaMakan -- Dip n Dip, IOI City Mall, Putrajaya

$
0
0

Assalamualaikum and hai semuaaa.

Wah wahh wahh. Gembira perut aku semalam. Mana taknya, perut penuh dengan cokelat. My favorite food in the entire world! Aku gila cokelat. Lagi-lagi cokelat susu. And aku boleh bezakan cokelat murah or cokelat mahal (macam cadbury). Cokelat murah kau boleh rasa taste dia lain. Haaa gitu.
Well, semalam aku ada interview and hope semalam ialah last interview aku pergi. Amin. Interview dalam 20 minit je tapi, nak sampai ke sana dalam sejam. Haha. Habis awal, so aku and kawan aku, Iqa melencong pergi jalan-jalan.


Dah alang-alang kat Puchong, moh ler kita ke IOI City Mall, Putrajaya. Sekejap je. Dalam 15 minit macam tu. IOI City Mall ni sangat luas yer. Ada 4 tingkat bermula dari LG, G, 1 dan 2. Di tambah pula dengan kelebaran mallnya ya ampun, bila nak habis tawaf ni. Pergi sini ingatkan dah takde kedai dah, rupanya ada lagi satu wing.Bahagian luar pulak ada water fountain and tempat yang sangat sesuai untuk mengambil gambar. Sesuai untuk family. Redup jeee. Besttt.


Awal-awal lagi kami dah set yang kami nak makan Dip n dip and Magnum Cafe. Kemain balas dendam. Dah alang-alang pergi sana, baik habiskan duit mengikut anak tekak. Dah bajet dah nak share-share makanan sebab memang agak pricey tempat yang kami nak makan ni. Leulz.

Nak cari Dip n Dip agak susah sikit kat sini. Yang penting dia kat tingkat G, terletak di bahagian luar dan sebaris dengan Magnum Cafe. Jenuh mencarinya. Kawasan besar, so kena tengok dulu direktori taww. Nanti kang sosek (sesat), tak dapek den nak nolong. Haha.

Boleh refer gambar bawah ni untuk tengok kedai dia macam mana.



Ini pula senarai menu di sini. Ada pelbagai jenis menu yang berasaskan cokelat untuk dipilih.


Yummeh. Rambang mata aku jadinyaaa. Tengok harga dan selaraskan dengan bajet. Aku ambil gambar menu yang utama. Yang lain malas nak amek. Haha.

Kami pilih Brownies Crepe, Fondant with Ice Cream, and untuk minuman, kami pilih Caramel Frappe.

1) Brownies Crepe

- Bahasa mudahnya, lempeng letak brownies and disaluti dengan cokelat Belgium yang marvelosoo. Ada 3 layer. Lempeng, brownies, cokelat. Gitu. Sedapp. Sesuai untuk makan dua orang sebab agak cepat muak. Tapi aku suka gila cokelat diaaa. Slrrppp




2) Chocolate Fondant Cake with Ice Cream

- Molten cake with ice cream. Fondant cake and dalamnya ada limpahan cokelat. Perghh. Panas-panas sedap and lebih sedap dimakan sekali dengan ice cream vanilla. Rasa dia macam kek berkualiti tinggi.
- Better makan dua orang. Konpem sorang tak habis. Haha



3) Caramel Frappe

-- Kami ni kalau jumpa caramel, memang tak keruan sikit. Lagi-lagi dengan frappucino (coffee).
-- Not too sweet. Just nice


P/s: Orderlah sekali plain mineral untuk mengelakkan gula dalam darah anda menaik dengan mengejut. hahaha.

Total price?

Bahagi lah dua orang........

Alhamdullilah. Antara wish list aku dah tercapai. Asyik nengok orang makan je, nak gak rasa. At least bila dah rasa, takdelah asyik bising je nak pergi kan. Kalau ada rezeki, ada lah. Haha. Dip n dip ni sesuai untuk pasangan suami isteri yang nak rasa makan ala-ala sweet, boleh lah ke sini. Bukan selalu kan, just for special occasions. Hihi

Pros:-

- Cokelat yang sedap sangatt. *teguq ayaq liuq*. 
- Friendly waiters.

Cons:- Pricey.


Follow and let me know!

Segmen Mama Mencari Bloglist

$
0
0

Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.

Tamat : 10 Januari 2015

Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015

Nota : Jom beri sokongan pada mama!

DONE!

Follow and let me know!
Viewing all 194 articles
Browse latest View live