Quantcast
Channel: The Untold Story by Scha Nazri
Viewing all articles
Browse latest Browse all 194

BASIC PINK SMOKEY EYES PLUS TUTORIAL! #makeupbyschanazri

$
0
0

Assalamualaikum. Haii semuaaa!

Yeayyy. Aku keluar minggu ni, so, memang akan ku contengkan muka ku dengan mekap! hahaha. 

Dah alang-alang mekap bagai nak rak ni, afdal lah kiranya aku berkongsi dengan korang. Ada yang suka mekap, ada yang tak suka mekap. 

Setelah dibaca komen korang kat entry #makeupbyschanazri aku yang lalu, ramai yer yang jarang mekap, tak suka mekap, takde masa nak mekap dan sebagainya. Aku banyak masa sangat kat rumah, that's why lah aku nak cuba hobi baru aku ni haaa. Bak kata orang tua, 'monghabehkan boreh yooo'. Gitulah kisah hidupku di rumah. hehe. Nasib baiklah mama ayah seakan merestui minat baru anak dia ni haaa. Menjahit tak suka. Banyak kali dah mama suruh belajar menjahit. Boleh tu boleh, tapi, nanti dulu lah. hehe. 

Okay. Marilah baca tutorial yang aku buat ni haaa. Kasi share sikit. Macam penghargaan gitu. kah!

Meh lahhhhhh.


  • Letak eye primer ataupun warna PUTIH untuk sinarkan lagi bahagian kelopak mata
  • Oleskan warna PINK di bahagian kelopak mata sehingga ke luar crease mata supaya warna PINK tu nampak. Selalu lah check mata supaya bila bukak mata, nampaklah warna PINK itu. 
  • Kalau pekat sangat PINK, ambil BLENDING brush ataupun berus yang lembut dan beruslah PINK itu. Ataupun, ambil warna yang lembut daripada pink, dan berus lembut je di bahagian mata itu
  • Tempekkan (bukan sapukan) warna HITAM di outer V mata. Bahagian tepi luar mata, tempeklah warna HITAM di situ. Buat macam bentuk V gitu. Slow-slow je. Jangan rush. Buat kedua-dua belah.
  • Guna BLENDING brush, ambil warna COKELAT (brown) dan sapu di bahagian atas warna hitam dan pink. Tujuan; nak kasi lembutkan eyeshadow itu. 
  • Always check the colors on both sides. 
  • Pakai eyeliner di atas dan bawah mata kalau nak kasi dramaaa. Kalau nak lembut je, gunakan BLACK eyeshadow untuk eyeliner dan lukis di atas mata sahaja. Dah lama tak pakai celak di atas dan bawah mata. 
  • Untuk menyerlahkan mata, gunalah WHITE/GOLD eyeliner di kelopak bawah air mata (water line). Kalau pedih, better stop. Sebab memang kena praktis selalu untuk tak kasi mata merah cepat.
  • Di bawah tulang kening, sapukan sedikit warna cokelat matte atau putih untuk terangkan lagi bahagian atas mata. 
  • SIAPPP!


Ini smokey eyes versi aku. Bukanlah perfect sangat. Tapi, kalau korang tahu asas smokey eyes, Insya Allah, senang je lepas ni. Yang berubah hanyalah warna utama sahaja. Macam warna PINK di atas, korang boleh ganti dengan warna biru, ungu, kuning dan sebagainya. 

Kalau bosan kat rumah, cubalah try tutorial ni. Kalau bosan okay. Kalau takde masa, baca je lah entry ni. hehe. Chill je baca entry ni okay :)

Insya Allah, Ahad ini aku akan ke Shah Alam (lagi) untuk kursus mekap anjuran sepupu aku. Aku ambil kelas ni maksudnya aku serius tentang seni make up ini. Pelan-pelan aku kumpul barang mekap even murah. Bila dah stabil nanti, bolehlah aku bergerak ke jenama mekap yang berjenama. Amin.

Kalau ada soalan, jerit je kat bahagian komen okay. Segala jenis komen yang masuk dari korang, amatlah aku hargai. Muah ciked! :* ^^
Follow and let me know!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 194

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear